Sunday 3 November 2013

Apa beza Mentega dan Marjerin ek?

Salam semua, hari ni daku nak kongsi apa beza mentega dan marjerin. Hehe..yang dah sedia maklum tu, senyum dah lah ye. Bagi yang tak tahu, ini ada ilmu bagi anda.

Hari tu masa nak buat kek terfikir apa beza mentega dan marjerin. Ikut kepala otak daku ni macam lebih kurang je dua benda ni.

So apa sebenarnya perbezaan antara mentega dan marjerin ni...

  • Daripada segi packaging mentega selalu bentuk segi empat yang seketul tu, marjerin selalu dalam bekas/kampit plastik dan tak sepekat mentega.
  • Bahan pulak mentega diperbuat daripada susu lembu manakala marjerin daripada minyak kelapa sawit.
  • Kalau perbandingan harga, mentega ni lebih mahal berbanding marjerin.
  • Daripada segi rasa memang takde banyak perbezaan rasa kalau dah masak tu kecuali orang tu betul2 arif dalam merasa masakan. Tapi menurut mereka yang arif makanan yang diletak mentega lebih sedap banding marjerin.
Kalau sapu kat roti, selalu kita akan guna marjerin. Sebabnya marjerin senang untuk diratakan kat roti berbanding mentega yang melekit dan agak susah untuk disapu rata pada roti.

Kot ada yang nak share lagi perbezaan mentega dengan marjerin, dipersilakan.

credit info:google

No comments:

Post a Comment