Friday 15 November 2013

Fakta atau Auta: Telur Vs Kolesterol

Salam semua


Apakah pendapat anda apabila menbaca statement diatas? Daku tidak memaksa anda menyokong dan daku juga tidak marah jika anda tidak menyokong. Pendek kata lepas baca statement diatas, kalau tidak pasti lagi teruslah mengali di google untuk mencari kebenarannya. Tapi macam daku yang telah puas mengali di google dan bertanya kepada mereka pakar, maka daku telah mengambil telur sebagai salah satu menu diet ku. Tapi bagiku, daku hanya suka mengambil telur putih sahaja jika pada menu hari tu daku ingin makan telur rebus atau telur separuh masak, tetapi jika pada menu hari berikutnya daku ingin makan scrable egg atau omelet, maka daku akan ambil keseluruhannyalah.

Allah jadikan telur sebagai satu sumber makanan semulajadi yang paling lengkap. Ia mengandungi blok binaan yang sempurna untuk pertumbuhan dan pembesaran seekor anak ayam.  Sebiji telur mengandungi protein tinggi dengan 9 jenis asid amino, vitamin (antaranya vitamin A, B2, B5, B12, D3), zat mineral (seperti zat besi, fosforus, sulphur dan selenium) dan lemak yang baik.  Telur juga mengandungi  zat choline yang sangat baik untuk otak. Di saat harga barangan meningkat naik ekoran kenaikan harga minyak, telur adalah makanan paling berzat dan paling berkhasiat yang mampu dibeli oleh segenap lapisan masyarakat. Ia bukan sahaja  murah dan sangat mengenyangkan malah ia juga mudah diolah  dalam berbagai jenis masakan dan hidangan. Nak tahu satu berita baik tak? Tahukah anda, telur juga boleh membantu menurunkan berat badan? Ini fakta tau, bukannya auta. Untuk ketahui lebih lanjut, fakta ini pun boleh digali di google.

No comments:

Post a Comment