Friday 15 November 2013

Fakta atau Auta: Telur Vs Kolesterol

Salam semua


Apakah pendapat anda apabila menbaca statement diatas? Daku tidak memaksa anda menyokong dan daku juga tidak marah jika anda tidak menyokong. Pendek kata lepas baca statement diatas, kalau tidak pasti lagi teruslah mengali di google untuk mencari kebenarannya. Tapi macam daku yang telah puas mengali di google dan bertanya kepada mereka pakar, maka daku telah mengambil telur sebagai salah satu menu diet ku. Tapi bagiku, daku hanya suka mengambil telur putih sahaja jika pada menu hari tu daku ingin makan telur rebus atau telur separuh masak, tetapi jika pada menu hari berikutnya daku ingin makan scrable egg atau omelet, maka daku akan ambil keseluruhannyalah.

Allah jadikan telur sebagai satu sumber makanan semulajadi yang paling lengkap. Ia mengandungi blok binaan yang sempurna untuk pertumbuhan dan pembesaran seekor anak ayam.  Sebiji telur mengandungi protein tinggi dengan 9 jenis asid amino, vitamin (antaranya vitamin A, B2, B5, B12, D3), zat mineral (seperti zat besi, fosforus, sulphur dan selenium) dan lemak yang baik.  Telur juga mengandungi  zat choline yang sangat baik untuk otak. Di saat harga barangan meningkat naik ekoran kenaikan harga minyak, telur adalah makanan paling berzat dan paling berkhasiat yang mampu dibeli oleh segenap lapisan masyarakat. Ia bukan sahaja  murah dan sangat mengenyangkan malah ia juga mudah diolah  dalam berbagai jenis masakan dan hidangan. Nak tahu satu berita baik tak? Tahukah anda, telur juga boleh membantu menurunkan berat badan? Ini fakta tau, bukannya auta. Untuk ketahui lebih lanjut, fakta ini pun boleh digali di google.

Nasi Tiruan?

salam alam maya, bersua lagi kita ye.
Adalakah anda seorang yang ingin berdiet, tapi anda tidak boleh meninggalkan tabiat orang Malaysia iaitu memakan nasi. Bagi anda kalau tidak ambil nasi dalam satu hari, rasanya hidup anda akan lengkap.Ok pada entri kali ini, daku ingin berkongsi tips diet sikit.   Adakah anda pernah dengar nasi tiruan? Tak pernah? Cuba lihat gambar di atas.Hehe...inilah bentuknya nasi tiruan tu. Percayakah anda nasi tiruan ni boleh dimasak dalam bentuk pelbagai resepi, secara tidak langsung anda tidak berasa stress dengan kehidupan diet anda. Ha nak tahu tak, nasi tiruan ini juga sesuai tau utk mereka yang mengidap diabetes.

Dikesempatan ini daku kongsikan bahan-bahan asas untuk buat nasi tiruan:

Bahan-bahannya:
Separuh bunga kobis sederhana besar (lebih kurang 250gm)
kelapa parut (setengah biji )
Air mendidih
1 sudu teh mentega (jangan digantikan dengan majerin kerana tujuan utama disini adalah menggunakan lemak asli)
secubit garam
lada putih

Caranya
Sebaiknya gunakan bunga kobis yang benar-benar segar kerana lebih segar lebih mudah disagat. Dengan menggunakan sagat yang kasar, parut bunga kobis kesemuanya termasuk bahagian batang di tengahnya.  Masukkan kesemua bunga kobi dalam periuk dan curahkan air mendidih agak-agak separas dengan bunga kobis. Tutup dan rebus dengan api kuat selama lima minit. Saring dalam tapisan, pastikan air rebusan benar-benar tuntas. Masukkan semula bunga kobis ke dalam periuk tadi. Panaskan. Masukkan mentega. Campurkan kelapa parut, garam dan lada putih. Gaul sebati.
Hidangkan panas-panas bersama lauk-pauk Melayu.

Tahukah anda, nasi tiruan ni adalah sajian paling sesuai untuk menggantikan nasi dalam hidangan Melayu dan pelbagai resepi, Tak percaya? Cuba anda lihat gambar2 ini. Gambar jer ye, resepi anda boleh gunakan resepi yang anda tahu
spanish caulifower rice

Nasi Cauliflower goreng kampung
caulifower cheesy pancake

Hah...sekarang anda dah percayakan. Pokok pangkalnya adalah nawaitu anda. Jika anda tak nak berdiet utk diri sendiri, dietlah demi orang yang anda sayangi. Biso tu boh, hok yang fahe fahelah...yo.

Ok, di bawah ni daku kongsikan cara-caranya ye. Semoga anda terhibur.

Tuesday 5 November 2013

Ketahui cara mudah: Update blog post, automatik update pada page kita

 Salam semua, dikesempatan ini daku ingin berkongsi satu info yang daku perolehi dari satu kumpulan di lama sosial mukabuku. Daku pun tak pasti akan fungsi dan kehebatannya, tetapi disebabkan rasa ingin tahu dan daku mengambil kesempatan untuk menampalnya disini. 
 Apakah itu IFTT ye?
Satu utiliti telah muncul dalam talian yang hanya boleh bergerak posting sosial anda di antara laman web yang dipanggil IFTTT.com (or, in other words, If This, Then That).
Setelah mendaftar langkah pertama anda adalah untuk ' Buat Resipi ' - dan dalam kes ini ia akan menjadi dari Blogger ke Facebook :
Hanya klik pada biru ' ini' teks untuk memilih Blogger sebagai anda sumber pilihan:
'klik' button blogger
seterusnya keluar yang ini

Anda boleh melihat bahawa terdapat banyak pilihan untuk sumber. Seterusnya, hanya ' Pilih Trigger '. Dalam kes ini kita mahu Posts baru yang akan diterbitkan untuk Facebook. Walau bagaimanapun, anda mungkin mahu pilihan label kedua:
Teruskan dan pilih ' Mana-mana jawatan baru bagi sekarang. Sekarang anda akan melihat Trigger yang akan memulakan acara tersebut.
Hanya pilih butang ' Buat Trigger ' untuk meneruskan. Anda akan diarahkan sekarang untuk tindakan yang berlaku apabila anda mencetuskan Post Blogger. Hanya pilih 'yang ' link biru untuk meneruskan:
Sekarang anda akan melihat senarai penuh sekali lagi laman media sosial. Terdapat beberapa pilihan yang besar di sini - tetapi, untuk tutorial kami hanya klik pada ikon ' Facebook ':
Jika ini adalah kali pertama anda ke IFTTT maka anda akan perlu mendaftar akaun Facebook anda sama seperti bagaimana anda lakukan akaun Blogger anda. Pastikan anda log masuk ke dalam akaun Facebook anda diingini pertama.
Sekarang anda perlu membuat pilihan jika anda ingin post Blogger disalin sepenuhnya kepada Facebook, atau, hanya link kembali ke blog. Pada website tersebut, ia mencadangkan pilih 'Cipta post link' - tetapi pilihan ditangan anda:
Ini adalah bahagian yang sukar - bagaimana anda mahu mesej diformat di laman Facebook anda. Anda tentu boleh mencuba ini - tetapi , anda akan mahu buat tindakan yang mempunyai URL dalam bidang pautan dan tertakluk dengan teks anda sendiri bercampur dengan post blog anda:
Hanya tekan ' Buat Tindakan ' apabila dilakukan.
Ikuti arahan demi arahan. Akhirnya anda akan terjumpa yang ini:
Menurut website IFTT, sekarang link anda telah aktif anda boleh menguji ia dengan mencatat ke Blogger, kemudian melompat ke IFTTT.com dan klik pada Resipi anda hanya mencipta dan memilih butang ' Semak ' di sebelah kanan skrin seperti:
Ini biasanya berjalan setiap 15 minit - tetapi, dengan klik pada Daftar post anda akan muncul di Facebook dalam beberapa saat.

Monday 4 November 2013

RESEPI BUBUR ASYURA



Salam semua, esok adalah 1Muharam 1435. Apabila masuk bulan Muharram, secara tidak langsung daku akan teringat aktiviti gotong royong memasak bubur Asyura semasa daku berada di asrama dan bekerja dulu.
Hari Asyura adalah pada 10 Muharram. Pada tarikh tersebut ramai yang bergotong royong membuat bubur asyura. Ia seperti aur dengan tebing, setiap kali 10 Muharram, setiap kali itu lah aktiviti gotong royong memasak akan di adakan. Kenangan itu sentiasa mengamit memoriku. Tetapi daku lebih sukakan bubur Asyura dari negeri Kedah dari negeri pantai timur. Perbezaan dari kedua-dua negeri ini ialah, bubur Asyura dari negeri Kedah rasanya manis dan bubur Asyura dari negeri pantai timur ada bercampur dengan rempah ratus. Rasa rempah ratus tu yang saya kurang gemar.

Oleh itu, mcm biasalahkan daku mencari info di google. Sekarang dah jumpa pun, maka izinkan daku berkongsi resepi tu di blog ini, agar daku boleh memasaknya nanti bila daku mempunyai kelapangan. Insha Allah.

Berikut adalah bahan-bahannya

Bahan Utama Resepi Bubur Asyura
5 Kilo Tepung Beras
7 Kilo Santan
7 Kilo Air ( sama banyak ngan santan)
2.5 Kilo Gula Putih
3 Kilo Gula Merah ( kalo taknak kaler agak coklat gelap kurangkan sikit)
1-2 Senduk Garam ( secukup rasa)
2 Gengam daun pandan
Jagung
Pisang – di potong serong
Kacang Kuda – Rebus dan buang kulit
Kacang Tanah- Rebus
Ubi Keledek – potong dadu & rebus
Kacang Merah – (beli yang dlm tin je)
Kacang Hijau – direbus

Cara-Cara membuat Bubur Asyura Step by Step
1.Masukkan tepung beras ke dalam bekas tambah air sikit demi sikit (air bukan yang 7 kilo tu tapi dlm 1 jar je untuk larutkan tepung, air yang 7 kilo tu kita masuk dalam kawah nanti) . kacau sehingga larut tetapi jangan terlalu cair atau pekat (bancuhan adalah seperti penyediaan tepung goreng pisang-rujuk pic kat bawah ni)

2. Sementera itu panaskan kawah atau periuk
3.Kacau santan hingga mendidih & sementara tu bolehlah menghiris jagung
4. setelah mendidih baru masukkan tepung
5. lepas tu kacau sehingga campuran santan & tepung tidak berketul barulah di masukkan pulak gula putih dan gula melaka yang dah di cairkan ( gula putih tak payah cairkan lah :) )


6.kemudian kacau hingga semua larut & sedikit pekat. Masukkan Garam dan Masukkan bahan-bahan ramuan resepi bubur asyura seperti dinyatakan di atas kecuali ubi keledek dan pisang sebab dua-dua bahan ni lembut jadi kena masuk last sekali setelah semua ni hampir masak.
7. Sementara tu leh la potong pisang korang sebab kalau potong awal-awal takut lebam
8.Apabila telah pekat masukkan pisang & ubi keledek dan kacau lagi hingga masak. Nak tahu bubur asyura ni masak atau tak leh ceduk sikit & kalau ia tak melekat pada pingan atau sudip korang maknanya telah masak macam gambar kat bawah ni dia dah tak melekit kat cawan tu.
9.Kalau dah camni bolehlah sediakan bekas yang sesuai untuk di agihkan. tapi api kawah jangan padamkan nanti keras lak. sambil tengah kacau sambil tu la di ceduk ke dalam bekas. Lakukan sehingga habis baru padam api.

Semoga hasil perkongsian dapat memberi manfaat pada mereka yang memerlukannya. Tetapi pada mereka yang sudah pakar melakukannya, jomlah kongsi dgn kami di sini cara anda membuat bubur asyura mengikut stail negeri anda.

Wassalam.

Jom buat sendiri KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Salam rakan2 alam mayaku
Kali ni daku nak kongsi lak resepi ini. Asyik membeli jerkan. Apakata kita cuba buat guna air tangan kita sendiri. Hehe..sekurang-kurangnya, kalau sedap tak sedap ke, sendiri buat. Kalau sedap angkat ibu jarilah en.hubby dan anak2, tapi kalau tak sedap kita cuba dan cuba lagi hingga berjaya. Usahakan tangga kejayaan.

Ini adalah hasil pencarian daku di google. Biskut yang sangat kruncy ni sangat mudah cara membuatnya tak sampai 15 minit dah siap! tapi harganya cukup mahal.. bertambah-tambah lagi harga barangan baking seperti badam dah melambung-lambung naiknya.
sumber dari pakcik google
Ini pula adalah bahan lain yang kita perlukan. Badam keping, kuaci hitam dan bijan. Anda boleh juga guna biji bunga matahari jika suka. 
Kerana bahan-bahan ini mahal tak hairanlah biskut ini dijual dengan harga yang sangat mahal. 1 kotak yang berukuran 12 x 24 di jual pada harga RM 45 sekotak pada hari raya tahun lepas, tahun ini tak taulah pula berapa harganya memandangkan harga barang yang dah melambung-lambung naiknya..
Ada juga yang diletakkan dalam jar. Jar yang biasa kita buat cake in jar tu.. harganya pula RM 25 satu jar.. aduh..!! tak tertelan rasanya. Bayangkan jika kita mempunyai keluarga yang ramai pasti terkebil-kebil biji mata nak membelinya kan.
sumber dari pakcik google
Resepi Krunchy Karamel Almond
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

sumber dari pakcik google

Sunday 3 November 2013

Apa beza Mentega dan Marjerin ek?

Salam semua, hari ni daku nak kongsi apa beza mentega dan marjerin. Hehe..yang dah sedia maklum tu, senyum dah lah ye. Bagi yang tak tahu, ini ada ilmu bagi anda.

Hari tu masa nak buat kek terfikir apa beza mentega dan marjerin. Ikut kepala otak daku ni macam lebih kurang je dua benda ni.

So apa sebenarnya perbezaan antara mentega dan marjerin ni...

  • Daripada segi packaging mentega selalu bentuk segi empat yang seketul tu, marjerin selalu dalam bekas/kampit plastik dan tak sepekat mentega.
  • Bahan pulak mentega diperbuat daripada susu lembu manakala marjerin daripada minyak kelapa sawit.
  • Kalau perbandingan harga, mentega ni lebih mahal berbanding marjerin.
  • Daripada segi rasa memang takde banyak perbezaan rasa kalau dah masak tu kecuali orang tu betul2 arif dalam merasa masakan. Tapi menurut mereka yang arif makanan yang diletak mentega lebih sedap banding marjerin.
Kalau sapu kat roti, selalu kita akan guna marjerin. Sebabnya marjerin senang untuk diratakan kat roti berbanding mentega yang melekit dan agak susah untuk disapu rata pada roti.

Kot ada yang nak share lagi perbezaan mentega dengan marjerin, dipersilakan.

credit info:google