Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, 12 March 2014

Kuih Cara Low-Carb

Resepi by:Es & Ef

Bahan2; Base dia telur 2 biji. Pukul telr sampai rata. Inti dia. Tumbuk bawang putih 1 ulas. Tumis. Masukkan hirisan setengah ulas bawang merah dan serbuk kari sesudu. lada hitam secukup rasa. And masukkan air sket.masukkan hirisan 2 ketol ayam. Bagi ayam masak dan akhir sekali masuk daun bawang. Pastu siap. 
Gunakan bekas kuih cara utk membuat resepi kuih ini. Caranya ialah panaskan bekas kuih cara tu dan letakkan butter pada setiap lubang dan masukkan telur separuh ja sbb nanti ia akankembang setaman :). Agak2 dalam tempoh 30 saat masukkan inti tadi dan tunghu sehingga telur masak dan siap!.

credit to:  Es & Ef

Aiskrim DA



Resepi by: Nurul Yui
Bahan-bahannya:

1 biji telur
1 cwn whiping cream
sdkt esen vanila
1 sudu serbuk koko ( vanhouten )
1/4 cwn air sejuk
3 paket splenda atau 1 titik stevia ( ikut anda )

Cara-caranya
Putar telur terlebih dahulu
Kemudian masukkan bhn2 lain
Putar hingga sebati
Masuk dalam bekas dan sejukkan
Bahan boleh olah asalkan pndai kira carb. Buat mcm ini tak semestinya satu masa nak habiskan semua

credit to:

Nurul Yui

Monday, 4 November 2013

RESEPI BUBUR ASYURA



Salam semua, esok adalah 1Muharam 1435. Apabila masuk bulan Muharram, secara tidak langsung daku akan teringat aktiviti gotong royong memasak bubur Asyura semasa daku berada di asrama dan bekerja dulu.
Hari Asyura adalah pada 10 Muharram. Pada tarikh tersebut ramai yang bergotong royong membuat bubur asyura. Ia seperti aur dengan tebing, setiap kali 10 Muharram, setiap kali itu lah aktiviti gotong royong memasak akan di adakan. Kenangan itu sentiasa mengamit memoriku. Tetapi daku lebih sukakan bubur Asyura dari negeri Kedah dari negeri pantai timur. Perbezaan dari kedua-dua negeri ini ialah, bubur Asyura dari negeri Kedah rasanya manis dan bubur Asyura dari negeri pantai timur ada bercampur dengan rempah ratus. Rasa rempah ratus tu yang saya kurang gemar.

Oleh itu, mcm biasalahkan daku mencari info di google. Sekarang dah jumpa pun, maka izinkan daku berkongsi resepi tu di blog ini, agar daku boleh memasaknya nanti bila daku mempunyai kelapangan. Insha Allah.

Berikut adalah bahan-bahannya

Bahan Utama Resepi Bubur Asyura
5 Kilo Tepung Beras
7 Kilo Santan
7 Kilo Air ( sama banyak ngan santan)
2.5 Kilo Gula Putih
3 Kilo Gula Merah ( kalo taknak kaler agak coklat gelap kurangkan sikit)
1-2 Senduk Garam ( secukup rasa)
2 Gengam daun pandan
Jagung
Pisang – di potong serong
Kacang Kuda – Rebus dan buang kulit
Kacang Tanah- Rebus
Ubi Keledek – potong dadu & rebus
Kacang Merah – (beli yang dlm tin je)
Kacang Hijau – direbus

Cara-Cara membuat Bubur Asyura Step by Step
1.Masukkan tepung beras ke dalam bekas tambah air sikit demi sikit (air bukan yang 7 kilo tu tapi dlm 1 jar je untuk larutkan tepung, air yang 7 kilo tu kita masuk dalam kawah nanti) . kacau sehingga larut tetapi jangan terlalu cair atau pekat (bancuhan adalah seperti penyediaan tepung goreng pisang-rujuk pic kat bawah ni)

2. Sementera itu panaskan kawah atau periuk
3.Kacau santan hingga mendidih & sementara tu bolehlah menghiris jagung
4. setelah mendidih baru masukkan tepung
5. lepas tu kacau sehingga campuran santan & tepung tidak berketul barulah di masukkan pulak gula putih dan gula melaka yang dah di cairkan ( gula putih tak payah cairkan lah :) )


6.kemudian kacau hingga semua larut & sedikit pekat. Masukkan Garam dan Masukkan bahan-bahan ramuan resepi bubur asyura seperti dinyatakan di atas kecuali ubi keledek dan pisang sebab dua-dua bahan ni lembut jadi kena masuk last sekali setelah semua ni hampir masak.
7. Sementara tu leh la potong pisang korang sebab kalau potong awal-awal takut lebam
8.Apabila telah pekat masukkan pisang & ubi keledek dan kacau lagi hingga masak. Nak tahu bubur asyura ni masak atau tak leh ceduk sikit & kalau ia tak melekat pada pingan atau sudip korang maknanya telah masak macam gambar kat bawah ni dia dah tak melekit kat cawan tu.
9.Kalau dah camni bolehlah sediakan bekas yang sesuai untuk di agihkan. tapi api kawah jangan padamkan nanti keras lak. sambil tengah kacau sambil tu la di ceduk ke dalam bekas. Lakukan sehingga habis baru padam api.

Semoga hasil perkongsian dapat memberi manfaat pada mereka yang memerlukannya. Tetapi pada mereka yang sudah pakar melakukannya, jomlah kongsi dgn kami di sini cara anda membuat bubur asyura mengikut stail negeri anda.

Wassalam.

Jom buat sendiri KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Salam rakan2 alam mayaku
Kali ni daku nak kongsi lak resepi ini. Asyik membeli jerkan. Apakata kita cuba buat guna air tangan kita sendiri. Hehe..sekurang-kurangnya, kalau sedap tak sedap ke, sendiri buat. Kalau sedap angkat ibu jarilah en.hubby dan anak2, tapi kalau tak sedap kita cuba dan cuba lagi hingga berjaya. Usahakan tangga kejayaan.

Ini adalah hasil pencarian daku di google. Biskut yang sangat kruncy ni sangat mudah cara membuatnya tak sampai 15 minit dah siap! tapi harganya cukup mahal.. bertambah-tambah lagi harga barangan baking seperti badam dah melambung-lambung naiknya.
sumber dari pakcik google
Ini pula adalah bahan lain yang kita perlukan. Badam keping, kuaci hitam dan bijan. Anda boleh juga guna biji bunga matahari jika suka. 
Kerana bahan-bahan ini mahal tak hairanlah biskut ini dijual dengan harga yang sangat mahal. 1 kotak yang berukuran 12 x 24 di jual pada harga RM 45 sekotak pada hari raya tahun lepas, tahun ini tak taulah pula berapa harganya memandangkan harga barang yang dah melambung-lambung naiknya..
Ada juga yang diletakkan dalam jar. Jar yang biasa kita buat cake in jar tu.. harganya pula RM 25 satu jar.. aduh..!! tak tertelan rasanya. Bayangkan jika kita mempunyai keluarga yang ramai pasti terkebil-kebil biji mata nak membelinya kan.
sumber dari pakcik google
Resepi Krunchy Karamel Almond
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

sumber dari pakcik google