Tuesday 1 October 2013

Hobi baruku: Edit gambar menggunakan Photoshop

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam semua, bersua lagi kita di alam maya ni ya. Setelah setahun bergelar surirumah, daku baru terasa kenikmatan itu. Pada awal pembabitanku sebagai surirumah, kehidupanku agak kelam kabut. Tapi kini daku rasakan daku sudah matang dalam mengendalikan urusan rumah tangga.

Walaupundaku begelar surirumah, pc dan internet adalah sebahagian dari nyawaku., Tanpa kedua-dua item ini ibarat pincang dan hambarlah kehidupan harianku. Mesti kalian pelikkan, macammanalah agaknya saya bahagikan tugas sebagai seorang surirumah, ibu, isteri dan tugas terkini iaitu sebagai penulis bloggerkan :). Semua ini datang dari hasil "try and error" kehidupan semua. Daku sudah mula pandai buat jadual tugasan harian dan tabungan.

Berbalik kepada topik iaitu hobi baruku. Hobi baruku kini ialah belajar edit gambar mengguna photoshop. Sungguh tidak disangka ilmu yang yang daku tinggalkan selama lapan belas tahun itu masih boleh di asah semula, pokok pangkalnya ialah kemahuan utk mencuba. Hasil pembelajaran ku dengan "youtube" di bawah ini adalah hasil kerjatanganku
Selepas di edit menggunakan photshop
Sebelum di edit
Selepas di edit menggunakan photoshop
Sebelum di edit
Maaflah jika hasil kerjaku ni tidak seprofesional mereka diluar sana. Tapi sekurang-kurangnya daku berpuas hati dan berbangga dapat menghasilkannya sendiri. Sebelum  ini daku hanya mengupah orang melakukannya dan caj yang dikenakan agak mahal. Tapi kini, daku sungguh berpuas hati daku dapat hasilkan sendiri mengikut kehendakku sendiri.

Moral of the story dari catatanku ini: Nikmatilah kehidupanmu yang telah tersedia didepan mata, janganlah menoleh kebelakang lagi. Anggaplah semua yang telah berlaku itu hanyalah sejarah dan pengalaman. Setiap kita mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Kita tak perlu menjadi manusia yang terhebat dan luar biasa untuk orang lain, tapi sudah cukup kita menjadi manusia yang hebat dan luar biasa untuk diri sendiri dan keluarga kita sendiri.

No comments:

Post a Comment