Friday 27 September 2013

Hari ini mood penuh nostalgia

Bismillahirrahmanirrahim...
Syukur ke hadrat Ilahi, kerana, daku diberi kesempatan oleh si Dia untuk mencoret di ruangan ini. Terima kasih Ya Allah.

Hari ini, seperti biasa daku menjalankan tugasan harianku sebagai seorang surirumah dengan mengemas rumah. Tiba-tiba daku terlihat longokan album lama yang tersimpan lama di dalam kotak yang agak lama tidak ku buka. Maka dakupun belek satu persatu gambar yang terdapat di dalam album tu, sehinggalah daku terpaku dengan dengan dua keping gambar ini. Padahal banyak lagi gambar yang ada.

Gambar ini daku ambil semasa daku belajar subjek photografi semasa semester pertama di UiTM, Shah Alam. Daku teringat lagi saat aku memberitahu ayahku yang daku memerlukan sebuah kamera untuk melengkapkan pengajian di UiTM, Shah Alam. Ayah ku telah menghadiahkan daku sebuah kamera manual jenama Yashica FX-3. Daku begitu bangga sekali. Daku akan kan merakamkan apa sahaja gambar, yang ku rasakan ingin ku abadikan dan daku pasti mengongsikan semua gambar-gambar photo yang daku rakam kepada ayahku. Daku nampak riak bangganya.
Inilah kamera pemberian ayahku
Kamera Yachica masih dalam berkeadaan baik, cuma skill puannye ajer yang perlu diasah balik. Walaupun sekarang ni pelbagai jenis kamera lanser yang jenis automatik dan tablet terdapat di pasaran, tetapi daku tetap mejadikan kamera ku ini sebagai koleksi dan pujaan hati ku. Almaklumlah penuh dgn nilai-nilai sentimental .
Inilah gerai arwah ibuku yang digunakan untuk menyara kami enam beradik. Ayahku bekerja sebagai pemandu di RTM, jika ayahku ada kelapangan, dia akan membantu arwah ibu berniaga. Manakala, seperti biasa tugasku ialah merakam detik-detik ini.

Hari ini daku terasa penuh nostalgia, entah kenapa daku pun tidak tahu. Mujurlah ada jasa kamera yashicaku ini. Jika tidak tentu daku tidak teringat saat perit jerih arwah Ibu dan Ayah membesarkan kami. Terima kasih arwah Ibu dan Ayah. Al-fatihah utk arwah Ibu.

Kini semuanya tinggal kenangan.

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment