Saturday 19 October 2013

Review: Daku jatuh cinta dengan Sun Protection-SPF 50 (Zarraz Paramedical)

Salam pembuka bicara. Maaflah ye sekejap timbul sekejap tenggelam. Almaklumlah, namapun surirumahkan dan dalam masa daku juga WAHM. Maka faham-fahamlahkan.

 Kalau dah nama perempuan tu, tetap juga perempuan kan. Walaupun kita hanya sekadar duduk dirumah, tetapi kecantikan harus dijaga juga tau (walaupun kita ni bukanlah supermodel atau ratu cantik di mata orang, tapi kita tetap supermodel dan ratu cantik di mata Suami dan anak-anak..hehe). Lotion pelindung tabir suria ini amat penting bagi diriku. daku telah mencuba pelbagai jenis jenama dan bentuk. Tetapi nak dijadiakan cerita, hasil pencarianku di google, daku terpanggil untuk mencuba sun protection-SPF50 produk keluaran Zarraz Paramedical.

Pada kali ini, daku ini berkongsi sedikit keseronokan mengguna sun protection-SPF50. Apa yang membuatkan daku tertarik untuk membeli dan mencuba sun protection-spf50, produk keluaran Zarraz Paramedical ni? antara salah satu puncanya ialah ia mempunyai SPF 50, dasyatkan 50 tu, banyak tu dan juga anti UV....yang bestnya apabila menggunakan krim spf50 ni, tak payah pakai bedak, pun dah ok dah ( tapi ianya bergantunglah kepada individu tersebut, macam daku insan yang bergelar surirumah tu ia sudah cukup dengan hanya menggunakan spf50 ni). Daku membelinya secara online di blog jelitazarraz. Daku di fahamkan juga beliau mempunyai shopmall iaitu jelitazarrazmall.
Inilah produk yang daku maksudkan Sun Protection-SPF50
Sunblock atau sunscreen?

Sebagai seorang wanita memang tak lengkap rasanya menyapu Sunblock atau suncreen di wajah dan di badan kita. Kita mesti akan rasa risau jika kulit jadi rosak akibat terbakar sinaran mataharikan (pada daku jawapannya ialah "YA", tetapi pada orang lain tak tahulah ya). Mungkin pada sesetengah anda rasa binggung nak guna sunblock atau sunscreen kan untuk lindungi kulit anda.

Setelah gigih mencari maklumat di google, ini jawapannya:

"Sunblock ke? Sunscreen ke?, itu hanyalah pada istilah nama barangnya sahaja, kedua-duanya merupakan pelindung sinaran matahari yang mampu melindungi kulit dari kerosakan akibat matahari, cumanya ia mungkin berbeza dari kandungan masing-masing.  Sunblock, lebih berfungsi sebagai tembok yang menghalang atau memantulkan sinar ultraviolet. Sunblock memiliki kandungan miberal sperti zinc oxide atau titanium dioxide sebagai bahan utamanya. Ia amat sesuai di gunakan pada kulit yang sensitif, kerana secara fiziknya sunblock ini mampu menghalang sinar UVB.

Manakala Sunscreen pula berfungsi untuk meresap hingga ke lapisan dermis. Sehingga mampu menangkis sinaran UVA, yang mana sinaran UVA ni mempunyai kesan yang lebih kuat untuk merosakkan kulit. Sunscreen mengandungi bahan kimia seperti avobenzone dan oxybenzone. Ia tidak sesuai bagi mereka yang memiliki kulit sensitif.


Apa pula perbezaan sinar UVA,UVB dan UVC?

1. Sinar UVA : adalah radiasi matahari yang panjang gelombangnya 320-400nm. Tidak menyebabkan kemerahan dan sakit.  UVA, boleh menyebabkan kerosakan kulit kekal sehingga boleh menyebabkan kerosakan DNA yang dapat menyebabkan kancer kulit dan juga menyebabkan kulit jadi lebih gelap.


2. Sinar UVB: adalah radiasi matahari yang penjang gelombangnya 290-320nm lebih. Boleh menyebabkan "sunburn" kemerahan dan juga sakit.

3. Sinar UVC: adalah radiasi 280-100nm penghasil ozone di lapisan ozone, dapat membasmi microorganisma dengan cara menghancurka nucleic acid dalam DNA-nya. Sinar UVC lebih dulu terserap ozon sebelum mampu memanaskan bumi.

Apakah maksud dan perbezaan SPF15, 30,40 dan 50?

SPF adakag pengukuran penggunaan sunscreen sebelum kulit menjadi kemerahan terkena pancaran. Angka SPF boleh berkisar dari 2 hingga 100. SPF 15, beerti mampu memberi pelindungan kulit selama 15jam sebelum kulit menjadi kemerahan. Tapi jika kulit anda biasanya mengalami kemerahan setelah 10minit berjemur sinar matahari maka dengan memakai pelindung matahari SPF15, kulit anda akan selamat 15 x 10minit iaitu jadinya 150minit ( tapi jika guna SPF 0, atau dalam erti kata lain tak guna langsung pelindung uv, faham-faham jerlah ye..hehe)
Maka sekarang anda tentu sudah fahamkan angka pada SPF tu kan, jika SPF30, maka kulit anda terlindung selama 30jam begitulah seterusnya.
Perlindungan ini juga bergantung pada jenis kulitnya, jika anda berkulit putih beerti sedikit pigmennya maka lebih mudah terbakar daripada mereka yang berkulit gelap. Ini adalah kerana pada mereka yang bekulit gelap beerti banyak pingmen yang melindungi dari sengatan matahari."

Panjang pula cerita intronyakan ini belum lagi daku cerita berkenaan kebaikan dan kelebihan sun protection-spf50 produk keluaran zarraz. Inipun adalah hasil pencarian dari google juga. Tetapi, setelah di perhalusi dan dicuba sendiri pada diriku ini, ternyata ianya bukanlah omongan kosong, tertapi ianya memberi kesan yang positif dari diriku.

Yang bestnya produk ini, ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit tanpa mengira usia. Malah ini adalah produk yang wajib digunakan oleh setiap orang. Ia diformulakan dengan bahan utama bersama Wild Raspberrry & White Lily.

Kelebihan utama & Ciri-ciri produk:-
  •     Medium anti-oksidan terbaik
  •     Melindungi kulit anda daripada UVA & UVB selama 500 minit
  •     Membunuh sel penyakit eczema, psoriasis, dan sel kanser
  •     Mengandungi khasiat nutrisi di dalam raspberry yang mempunyai Anthocyanins, yang mana ia akan membuatkan usia anda lebih muda 4 tahun
  •     Pertumbuhan kulit baru, mampu mehilangkan freckles, pingmentasi tanpa sakit dan tanpa ada kesan buruk.
Khasiat dan kelebihan buah rasperry dan bunga lili putih:
  • Meneutralkan radikal bebas yang memudaratkan kesihatan tubuh
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Mencegah pembentukan sel-sel kanser.
  • Melicinkan kulit sehingga tetap kelihatan muda.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Mengatasi dan merawat jerawat.
  • Menghilangkan bekas luka di kulit.
  • Mencegah pertumbuhan kanser & mengatur kadar kolesterol.
  • Menjaga kelembaban kulit, memberikan rawatan special bagi kulit kering, kulit iritasi dan kulit sensitif.
  • Meningkatkan kelekatan dan kestabilan kelembaban air yang ada di kulit.
  • Merawat dan mencegah penyakit kanser kulit.
  • Melindungi kulit dari pancaran sinar UV iaitu samaada dari cahaya matahari dan juga daripada cahaya lampu.

No comments:

Post a Comment