Sunday 20 October 2013

Muka anda bermasalah? Jom kenali ia

Salam semua, bersua lagi kita di dunia alam maya ni kan. Tiba-tiba post kali ini, daku ingin bercerita bab kecantikan lah pulak. 

Semua manusia di muka bumi ni takut dengan muka yang bermasalah, betul tak? Tidak kira siapa pun kita, Suri Rumah ke?, Lawyer ke? atau sesiapa jerlah. Bab kecantikan ini begitu subjektif untuk diperbincangkan, tapi apa yang penting Allah telah menjadikan semua makhluknya ciptaan yang paling indah. Oleh itu kita perlulah menghargainya dan jangan sekali-kali terasa rendah diri dan kerdil dengan kelemahan yang anda dan jangalah juga kita berasa bongkak dengan kelebihan yang diberi.

Oleh itu izinkanlah daku bertanyakan kepada anda, adakah anda mempunyai  masalah-masalah seperti di bawah ini ini?

1.Black Mark
Tanda-tanda hitam yang berlaku disebabkan oleh parut jerawat yang sudah kering

dan masih terperangkap di bawah liang yang masih terbuka.

 
2.Pigmentasi / Whitehead
Tempat 2 Black yang besar dan kecil di sekitar kawasan muka adalah disebabkan oleh
kepada cahaya sinaran UV dari matahari. Biasanya berlaku kepada wanita dari
umur 25 tahun dan ke atas.
3.Jerawat
Ini berlaku disebabkan oleh punca hormon, peredaran darah najis atau minyak yang berada di dalam terbuka anda liang dan telah terdedah kepada mana-mana sisa kimia.
 
3.Parut
Tanda lahir atau parut sementara. Parut sementara adalah seperti anda parut jerawat atau dipotong. tanda lahir tidak boleh diubati kerana mereka adalah tanda-tanda kekal.

4.Open / Expose pores 
Jenis kulit yang mempunyai liang terbuka adalah orang-orang yang mudah untuk mendapatkan kotor, dapatkan kolam minyak yang berlebihan dalam kulit dan boleh membuat liang anda kosong.
  
5.Eye Bag
Urat di sekeliling mata kita adalah disebabkan oleh penuaan atau kedutan. Ini boleh berlaku sama ada untuk wanita atau lelaki kerana mereka mendapat tua. Kurang rehat boleh menjadi satu lagi sebab yang boleh membuat kawasan anda mata menjadi hitam atau hanya sekadar kelihatan membosankan.
 
Pada kali ni, daku ingin membincangkan bab faktor yang menyebabkan "open pore". Selain dari itu ia juga dikenali sebagai " liang roma yang terbuka". Tahukah anda apakah faktor-faktornya. Disini daku nak kongsi sikit info yang daku perolehi dari pencarian di google:
1. Perubahan hormon
2. Mengandung
3. Menopaus
4. Genetik
5. Tekanan
6. Kebersihan, sekiranya kita tidak mencuci wajah dengan betul, maka pengumpulan minyak di wajah akan menyebabkan pori-pori tersumbat. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan pori-pori di wajah kelihatan besar.
 
Bolehkah kite mengecilkan liang pori ini? Jawapannya ialah YA. Daku akan bersambung pada entri yang seterusnya. Hehe...jangan marah ye, bukan kedekut ilmu tapi sajalah untuk bagi intro dulu ye.
Sehingga berjumpa lagi ye
 

Saturday 19 October 2013

18SX: Admin Maaf jika gambar tidak sopan di lihat.

Salam semua,
Sebelum daku berbicara lebih lanjut izinkan daku menyusun sepuluh jari mohon kemaafan kerana gambar yang daku persembahkan ini agak kurang menyenangkan mata sesetengah pihak. Tapi, pada pendapat peribadiku, marilah kita pandang dari sudut yang positif. Ingat kita para surirumah tak boleh ke memiliki punggung yang menarik persis JLO, Beyonce dan sesiapa jer lah ye. Tapi tahukah anda dengan hanya mengalamalkan senaman Squat anda juga mampu memilik tanpa memakai produk yang sedang hangat dijualkan di pasaran.
SELUAR DALAM SPAN (UNTUK NAMPAK PUNGGUNG MONTOK...!!
Bukankah adalah lebih baik dilakukan secara natural
maaf jika gambar ni 18sx.
Jika anda perhalusi gambar ini dengan pandangan yang positif anda akan perolehi feedback yang sedemikian
hasil feedback mereka yang telah mengamalkan senaman Squat
Berikut daku kongsikan apakah itu senaman Squat.


Manakala ini pula jadual yang sesuai untuk mengamalkan senaman Squat ini.
Daku amat berharap agar kalian memandang dari sudut yang positif pada gambar diatas.


Review: Daku jatuh cinta dengan Sun Protection-SPF 50 (Zarraz Paramedical)

Salam pembuka bicara. Maaflah ye sekejap timbul sekejap tenggelam. Almaklumlah, namapun surirumahkan dan dalam masa daku juga WAHM. Maka faham-fahamlahkan.

 Kalau dah nama perempuan tu, tetap juga perempuan kan. Walaupun kita hanya sekadar duduk dirumah, tetapi kecantikan harus dijaga juga tau (walaupun kita ni bukanlah supermodel atau ratu cantik di mata orang, tapi kita tetap supermodel dan ratu cantik di mata Suami dan anak-anak..hehe). Lotion pelindung tabir suria ini amat penting bagi diriku. daku telah mencuba pelbagai jenis jenama dan bentuk. Tetapi nak dijadiakan cerita, hasil pencarianku di google, daku terpanggil untuk mencuba sun protection-SPF50 produk keluaran Zarraz Paramedical.

Pada kali ini, daku ini berkongsi sedikit keseronokan mengguna sun protection-SPF50. Apa yang membuatkan daku tertarik untuk membeli dan mencuba sun protection-spf50, produk keluaran Zarraz Paramedical ni? antara salah satu puncanya ialah ia mempunyai SPF 50, dasyatkan 50 tu, banyak tu dan juga anti UV....yang bestnya apabila menggunakan krim spf50 ni, tak payah pakai bedak, pun dah ok dah ( tapi ianya bergantunglah kepada individu tersebut, macam daku insan yang bergelar surirumah tu ia sudah cukup dengan hanya menggunakan spf50 ni). Daku membelinya secara online di blog jelitazarraz. Daku di fahamkan juga beliau mempunyai shopmall iaitu jelitazarrazmall.
Inilah produk yang daku maksudkan Sun Protection-SPF50
Sunblock atau sunscreen?

Sebagai seorang wanita memang tak lengkap rasanya menyapu Sunblock atau suncreen di wajah dan di badan kita. Kita mesti akan rasa risau jika kulit jadi rosak akibat terbakar sinaran mataharikan (pada daku jawapannya ialah "YA", tetapi pada orang lain tak tahulah ya). Mungkin pada sesetengah anda rasa binggung nak guna sunblock atau sunscreen kan untuk lindungi kulit anda.

Setelah gigih mencari maklumat di google, ini jawapannya:

"Sunblock ke? Sunscreen ke?, itu hanyalah pada istilah nama barangnya sahaja, kedua-duanya merupakan pelindung sinaran matahari yang mampu melindungi kulit dari kerosakan akibat matahari, cumanya ia mungkin berbeza dari kandungan masing-masing.  Sunblock, lebih berfungsi sebagai tembok yang menghalang atau memantulkan sinar ultraviolet. Sunblock memiliki kandungan miberal sperti zinc oxide atau titanium dioxide sebagai bahan utamanya. Ia amat sesuai di gunakan pada kulit yang sensitif, kerana secara fiziknya sunblock ini mampu menghalang sinar UVB.

Manakala Sunscreen pula berfungsi untuk meresap hingga ke lapisan dermis. Sehingga mampu menangkis sinaran UVA, yang mana sinaran UVA ni mempunyai kesan yang lebih kuat untuk merosakkan kulit. Sunscreen mengandungi bahan kimia seperti avobenzone dan oxybenzone. Ia tidak sesuai bagi mereka yang memiliki kulit sensitif.


Apa pula perbezaan sinar UVA,UVB dan UVC?

1. Sinar UVA : adalah radiasi matahari yang panjang gelombangnya 320-400nm. Tidak menyebabkan kemerahan dan sakit.  UVA, boleh menyebabkan kerosakan kulit kekal sehingga boleh menyebabkan kerosakan DNA yang dapat menyebabkan kancer kulit dan juga menyebabkan kulit jadi lebih gelap.


2. Sinar UVB: adalah radiasi matahari yang penjang gelombangnya 290-320nm lebih. Boleh menyebabkan "sunburn" kemerahan dan juga sakit.

3. Sinar UVC: adalah radiasi 280-100nm penghasil ozone di lapisan ozone, dapat membasmi microorganisma dengan cara menghancurka nucleic acid dalam DNA-nya. Sinar UVC lebih dulu terserap ozon sebelum mampu memanaskan bumi.

Apakah maksud dan perbezaan SPF15, 30,40 dan 50?

SPF adakag pengukuran penggunaan sunscreen sebelum kulit menjadi kemerahan terkena pancaran. Angka SPF boleh berkisar dari 2 hingga 100. SPF 15, beerti mampu memberi pelindungan kulit selama 15jam sebelum kulit menjadi kemerahan. Tapi jika kulit anda biasanya mengalami kemerahan setelah 10minit berjemur sinar matahari maka dengan memakai pelindung matahari SPF15, kulit anda akan selamat 15 x 10minit iaitu jadinya 150minit ( tapi jika guna SPF 0, atau dalam erti kata lain tak guna langsung pelindung uv, faham-faham jerlah ye..hehe)
Maka sekarang anda tentu sudah fahamkan angka pada SPF tu kan, jika SPF30, maka kulit anda terlindung selama 30jam begitulah seterusnya.
Perlindungan ini juga bergantung pada jenis kulitnya, jika anda berkulit putih beerti sedikit pigmennya maka lebih mudah terbakar daripada mereka yang berkulit gelap. Ini adalah kerana pada mereka yang bekulit gelap beerti banyak pingmen yang melindungi dari sengatan matahari."

Panjang pula cerita intronyakan ini belum lagi daku cerita berkenaan kebaikan dan kelebihan sun protection-spf50 produk keluaran zarraz. Inipun adalah hasil pencarian dari google juga. Tetapi, setelah di perhalusi dan dicuba sendiri pada diriku ini, ternyata ianya bukanlah omongan kosong, tertapi ianya memberi kesan yang positif dari diriku.

Yang bestnya produk ini, ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit tanpa mengira usia. Malah ini adalah produk yang wajib digunakan oleh setiap orang. Ia diformulakan dengan bahan utama bersama Wild Raspberrry & White Lily.

Kelebihan utama & Ciri-ciri produk:-
  •     Medium anti-oksidan terbaik
  •     Melindungi kulit anda daripada UVA & UVB selama 500 minit
  •     Membunuh sel penyakit eczema, psoriasis, dan sel kanser
  •     Mengandungi khasiat nutrisi di dalam raspberry yang mempunyai Anthocyanins, yang mana ia akan membuatkan usia anda lebih muda 4 tahun
  •     Pertumbuhan kulit baru, mampu mehilangkan freckles, pingmentasi tanpa sakit dan tanpa ada kesan buruk.
Khasiat dan kelebihan buah rasperry dan bunga lili putih:
  • Meneutralkan radikal bebas yang memudaratkan kesihatan tubuh
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Mencegah pembentukan sel-sel kanser.
  • Melicinkan kulit sehingga tetap kelihatan muda.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Mengatasi dan merawat jerawat.
  • Menghilangkan bekas luka di kulit.
  • Mencegah pertumbuhan kanser & mengatur kadar kolesterol.
  • Menjaga kelembaban kulit, memberikan rawatan special bagi kulit kering, kulit iritasi dan kulit sensitif.
  • Meningkatkan kelekatan dan kestabilan kelembaban air yang ada di kulit.
  • Merawat dan mencegah penyakit kanser kulit.
  • Melindungi kulit dari pancaran sinar UV iaitu samaada dari cahaya matahari dan juga daripada cahaya lampu.

Thursday 10 October 2013

MASFLYZ - Apa kata anda?

Disclaimer
diariwafinongchek.blogspot.com tiada hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan Masflyz. N3 ini dibuat khusus untuk mendapat kepastian dari para rakan-rakan blogger yang mengetahui maklumat ini. Sekian, harap maklum.
     *****************************************************************
Inilah rupa bentuk Kad keahlian MASFLYZ Privilege, dengan motto your travel partner.
Salam semua, berjumpa lagi kita di N3 kali ini dengan post cuti-cuti malaysia pula. Almaklumlah cuti sekolah bakal menjelma. Kebetulan pula pada 9hb Oktober 2013 sehingga 13hb Oktober 2013, Syarikat penerbangan Air Asia ada buat tawaran "meraikan 2 juta dengan tempat duduk percuma". Tetapi seperti biasalahkan, mungkin daku bukan dalam kategori yang bertuah, maka daku tidak pernah berpeluang mendapat tempat duduk PERCUMA itu, walaupun tepat pukul 12.00tgh malam daku berjaga di depan lappy dan dan pc. Tak apalah, mungkin masaku dan keluarga belum tiba lagi agaknya. Inshaa Allah, masa itu akan tiba jua.
Apabila tapak kaki dah terasa gatal nak berjalan, maka bermulalah pencarian ku ke laman web Syarikat penerbangan MAS, KLM, Malindo dan Firefly. Tetapi terus terang cakap, harga tiket pada masa cuti sekolah agak mahal sikit. Tapi mujurlah, ianya hanya sekadar pencarian biasa sahaja, bukan ada tujuan dan lokasi tertentu lagi. Maka daku tidaklah terasa tertekan sangat. Kemudian daku beralih pula mata ke fb, tiba-tiba daku ternampak satu post di halaman fb rakanku tentang  MASFLYZ.

Seperti biasa, daku memulakan pencarian dengan pakcik "google". Sekilas pandang ingatkan agensi pelancongan ini di bawah kendalian MAS-Firefly tapi bila ditanya pada customer service, rupa-rupanya bukan.

What is MASFLYZ - menurut penerangan petugas customer service, Masflyz merupakan sebuah agensi pelancongan bebas dan tiada kena mengena dengan MAS mahupun Firefly. Mereka menawarkan pakej pelancongan domestik dan antarabangsa meliputi penginapan, penerbangan dan tour.
Dikatakan harga pakej (penginapan dan tour) dijamin 20-50% lebih rendah berbanding harga pasaran atau online. Ini kerana pihak MASFLYZ telah membeli secara pukal pakej2 pelancongan sewaktu MATTA Fair.

Manakala kos penerbangan pula bergantung kepada season dan airlines tapi pihak Masflyz akan membantu untuk mendapatkan tiket penerbangan yang paling murah.

Annual fees - tiada caj tahunan akan dikenakan untuk ahli tapi caj seumur hidup akan dikenakan sewaktu pendaftaran. Kos untuk keahlian VIP adalah RM1500++ tetapi disebabkan promosi, hanya yuran keahlian RM900++ dikenakan untuk seumur hidup. Promosi dengan yuran keahlian RM900++ ini hanya terhad untuk 200 peserta pertama sahaja.

Apa yang anda dapat setelah mendaftar sebagai ahli VIP Masflyz Privilege?
1-Kad keahlian.... dengan kad ini anda layak untuk mendapat diskaun di antara 20-50%
2-Voucher bernilai RM400 - meliputi penginapan, penerbangan dan tour
3-Kad keahlian- dengan kad ini anda layak untuk mendapat diskaun di antara 20-50%. Voucher bernilai RM400 - meliputi penginapan, penerbangan dan tour.  Disamping itu,ahli VIP juga diberi penginapan percuma untuk 4D3N pada tahun pertama keahlian. 3D2N untuk tahun kedua dan 2D1N untuk tahun ketiga. Ianya terhad kepada hotel berstatus 3 bintang dalam & luar negara.

Kalian bolehlah layari www.masflyz.my untuk maklumat lanjut

Sila ambil perhatian:
Info di atas bersandarkan maklumat yang di perolehi dari pencarian di "google". Daku mohon maaflah jika maklumat yang diberikan tidak betul ya. Tetapi jika kalian ada info yang boleh dikongsi bersama, jomlah kongsi di sini ye.

Tuesday 1 October 2013

Hobi baruku: Edit gambar menggunakan Photoshop

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam semua, bersua lagi kita di alam maya ni ya. Setelah setahun bergelar surirumah, daku baru terasa kenikmatan itu. Pada awal pembabitanku sebagai surirumah, kehidupanku agak kelam kabut. Tapi kini daku rasakan daku sudah matang dalam mengendalikan urusan rumah tangga.

Walaupundaku begelar surirumah, pc dan internet adalah sebahagian dari nyawaku., Tanpa kedua-dua item ini ibarat pincang dan hambarlah kehidupan harianku. Mesti kalian pelikkan, macammanalah agaknya saya bahagikan tugas sebagai seorang surirumah, ibu, isteri dan tugas terkini iaitu sebagai penulis bloggerkan :). Semua ini datang dari hasil "try and error" kehidupan semua. Daku sudah mula pandai buat jadual tugasan harian dan tabungan.

Berbalik kepada topik iaitu hobi baruku. Hobi baruku kini ialah belajar edit gambar mengguna photoshop. Sungguh tidak disangka ilmu yang yang daku tinggalkan selama lapan belas tahun itu masih boleh di asah semula, pokok pangkalnya ialah kemahuan utk mencuba. Hasil pembelajaran ku dengan "youtube" di bawah ini adalah hasil kerjatanganku
Selepas di edit menggunakan photshop
Sebelum di edit
Selepas di edit menggunakan photoshop
Sebelum di edit
Maaflah jika hasil kerjaku ni tidak seprofesional mereka diluar sana. Tapi sekurang-kurangnya daku berpuas hati dan berbangga dapat menghasilkannya sendiri. Sebelum  ini daku hanya mengupah orang melakukannya dan caj yang dikenakan agak mahal. Tapi kini, daku sungguh berpuas hati daku dapat hasilkan sendiri mengikut kehendakku sendiri.

Moral of the story dari catatanku ini: Nikmatilah kehidupanmu yang telah tersedia didepan mata, janganlah menoleh kebelakang lagi. Anggaplah semua yang telah berlaku itu hanyalah sejarah dan pengalaman. Setiap kita mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Kita tak perlu menjadi manusia yang terhebat dan luar biasa untuk orang lain, tapi sudah cukup kita menjadi manusia yang hebat dan luar biasa untuk diri sendiri dan keluarga kita sendiri.