Monday, 4 November 2013

RESEPI BUBUR ASYURA



Salam semua, esok adalah 1Muharam 1435. Apabila masuk bulan Muharram, secara tidak langsung daku akan teringat aktiviti gotong royong memasak bubur Asyura semasa daku berada di asrama dan bekerja dulu.
Hari Asyura adalah pada 10 Muharram. Pada tarikh tersebut ramai yang bergotong royong membuat bubur asyura. Ia seperti aur dengan tebing, setiap kali 10 Muharram, setiap kali itu lah aktiviti gotong royong memasak akan di adakan. Kenangan itu sentiasa mengamit memoriku. Tetapi daku lebih sukakan bubur Asyura dari negeri Kedah dari negeri pantai timur. Perbezaan dari kedua-dua negeri ini ialah, bubur Asyura dari negeri Kedah rasanya manis dan bubur Asyura dari negeri pantai timur ada bercampur dengan rempah ratus. Rasa rempah ratus tu yang saya kurang gemar.

Oleh itu, mcm biasalahkan daku mencari info di google. Sekarang dah jumpa pun, maka izinkan daku berkongsi resepi tu di blog ini, agar daku boleh memasaknya nanti bila daku mempunyai kelapangan. Insha Allah.

Berikut adalah bahan-bahannya

Bahan Utama Resepi Bubur Asyura
5 Kilo Tepung Beras
7 Kilo Santan
7 Kilo Air ( sama banyak ngan santan)
2.5 Kilo Gula Putih
3 Kilo Gula Merah ( kalo taknak kaler agak coklat gelap kurangkan sikit)
1-2 Senduk Garam ( secukup rasa)
2 Gengam daun pandan
Jagung
Pisang – di potong serong
Kacang Kuda – Rebus dan buang kulit
Kacang Tanah- Rebus
Ubi Keledek – potong dadu & rebus
Kacang Merah – (beli yang dlm tin je)
Kacang Hijau – direbus

Cara-Cara membuat Bubur Asyura Step by Step
1.Masukkan tepung beras ke dalam bekas tambah air sikit demi sikit (air bukan yang 7 kilo tu tapi dlm 1 jar je untuk larutkan tepung, air yang 7 kilo tu kita masuk dalam kawah nanti) . kacau sehingga larut tetapi jangan terlalu cair atau pekat (bancuhan adalah seperti penyediaan tepung goreng pisang-rujuk pic kat bawah ni)

2. Sementera itu panaskan kawah atau periuk
3.Kacau santan hingga mendidih & sementara tu bolehlah menghiris jagung
4. setelah mendidih baru masukkan tepung
5. lepas tu kacau sehingga campuran santan & tepung tidak berketul barulah di masukkan pulak gula putih dan gula melaka yang dah di cairkan ( gula putih tak payah cairkan lah :) )


6.kemudian kacau hingga semua larut & sedikit pekat. Masukkan Garam dan Masukkan bahan-bahan ramuan resepi bubur asyura seperti dinyatakan di atas kecuali ubi keledek dan pisang sebab dua-dua bahan ni lembut jadi kena masuk last sekali setelah semua ni hampir masak.
7. Sementara tu leh la potong pisang korang sebab kalau potong awal-awal takut lebam
8.Apabila telah pekat masukkan pisang & ubi keledek dan kacau lagi hingga masak. Nak tahu bubur asyura ni masak atau tak leh ceduk sikit & kalau ia tak melekat pada pingan atau sudip korang maknanya telah masak macam gambar kat bawah ni dia dah tak melekit kat cawan tu.
9.Kalau dah camni bolehlah sediakan bekas yang sesuai untuk di agihkan. tapi api kawah jangan padamkan nanti keras lak. sambil tengah kacau sambil tu la di ceduk ke dalam bekas. Lakukan sehingga habis baru padam api.

Semoga hasil perkongsian dapat memberi manfaat pada mereka yang memerlukannya. Tetapi pada mereka yang sudah pakar melakukannya, jomlah kongsi dgn kami di sini cara anda membuat bubur asyura mengikut stail negeri anda.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment