Monday, 4 November 2013

Jom buat sendiri KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Salam rakan2 alam mayaku
Kali ni daku nak kongsi lak resepi ini. Asyik membeli jerkan. Apakata kita cuba buat guna air tangan kita sendiri. Hehe..sekurang-kurangnya, kalau sedap tak sedap ke, sendiri buat. Kalau sedap angkat ibu jarilah en.hubby dan anak2, tapi kalau tak sedap kita cuba dan cuba lagi hingga berjaya. Usahakan tangga kejayaan.

Ini adalah hasil pencarian daku di google. Biskut yang sangat kruncy ni sangat mudah cara membuatnya tak sampai 15 minit dah siap! tapi harganya cukup mahal.. bertambah-tambah lagi harga barangan baking seperti badam dah melambung-lambung naiknya.
sumber dari pakcik google
Ini pula adalah bahan lain yang kita perlukan. Badam keping, kuaci hitam dan bijan. Anda boleh juga guna biji bunga matahari jika suka. 
Kerana bahan-bahan ini mahal tak hairanlah biskut ini dijual dengan harga yang sangat mahal. 1 kotak yang berukuran 12 x 24 di jual pada harga RM 45 sekotak pada hari raya tahun lepas, tahun ini tak taulah pula berapa harganya memandangkan harga barang yang dah melambung-lambung naiknya..
Ada juga yang diletakkan dalam jar. Jar yang biasa kita buat cake in jar tu.. harganya pula RM 25 satu jar.. aduh..!! tak tertelan rasanya. Bayangkan jika kita mempunyai keluarga yang ramai pasti terkebil-kebil biji mata nak membelinya kan.
sumber dari pakcik google
Resepi Krunchy Karamel Almond
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

sumber dari pakcik google

No comments:

Post a Comment