Friday, 15 November 2013

Nasi Tiruan?

salam alam maya, bersua lagi kita ye.
Adalakah anda seorang yang ingin berdiet, tapi anda tidak boleh meninggalkan tabiat orang Malaysia iaitu memakan nasi. Bagi anda kalau tidak ambil nasi dalam satu hari, rasanya hidup anda akan lengkap.Ok pada entri kali ini, daku ingin berkongsi tips diet sikit.   Adakah anda pernah dengar nasi tiruan? Tak pernah? Cuba lihat gambar di atas.Hehe...inilah bentuknya nasi tiruan tu. Percayakah anda nasi tiruan ni boleh dimasak dalam bentuk pelbagai resepi, secara tidak langsung anda tidak berasa stress dengan kehidupan diet anda. Ha nak tahu tak, nasi tiruan ini juga sesuai tau utk mereka yang mengidap diabetes.

Dikesempatan ini daku kongsikan bahan-bahan asas untuk buat nasi tiruan:

Bahan-bahannya:
Separuh bunga kobis sederhana besar (lebih kurang 250gm)
kelapa parut (setengah biji )
Air mendidih
1 sudu teh mentega (jangan digantikan dengan majerin kerana tujuan utama disini adalah menggunakan lemak asli)
secubit garam
lada putih

Caranya
Sebaiknya gunakan bunga kobis yang benar-benar segar kerana lebih segar lebih mudah disagat. Dengan menggunakan sagat yang kasar, parut bunga kobis kesemuanya termasuk bahagian batang di tengahnya.  Masukkan kesemua bunga kobi dalam periuk dan curahkan air mendidih agak-agak separas dengan bunga kobis. Tutup dan rebus dengan api kuat selama lima minit. Saring dalam tapisan, pastikan air rebusan benar-benar tuntas. Masukkan semula bunga kobis ke dalam periuk tadi. Panaskan. Masukkan mentega. Campurkan kelapa parut, garam dan lada putih. Gaul sebati.
Hidangkan panas-panas bersama lauk-pauk Melayu.

Tahukah anda, nasi tiruan ni adalah sajian paling sesuai untuk menggantikan nasi dalam hidangan Melayu dan pelbagai resepi, Tak percaya? Cuba anda lihat gambar2 ini. Gambar jer ye, resepi anda boleh gunakan resepi yang anda tahu
spanish caulifower rice

Nasi Cauliflower goreng kampung
caulifower cheesy pancake

Hah...sekarang anda dah percayakan. Pokok pangkalnya adalah nawaitu anda. Jika anda tak nak berdiet utk diri sendiri, dietlah demi orang yang anda sayangi. Biso tu boh, hok yang fahe fahelah...yo.

Ok, di bawah ni daku kongsikan cara-caranya ye. Semoga anda terhibur.

1 comment:

  1. Menarik! Pertama kali baca tentang nasi tiruan ni. Boleh la cuba nanti. Terima kasih!

    ReplyDelete