diariwafinongchek.blogspot.com tiada hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan Masflyz. N3 ini dibuat khusus untuk mendapat kepastian dari para rakan-rakan blogger yang mengetahui maklumat ini. Sekian, harap maklum.
*****************************************************************
Inilah rupa bentuk Kad keahlian MASFLYZ Privilege, dengan motto your travel partner. |
Apabila tapak kaki dah terasa gatal nak berjalan, maka bermulalah pencarian ku ke laman web Syarikat penerbangan MAS, KLM, Malindo dan Firefly. Tetapi terus terang cakap, harga tiket pada masa cuti sekolah agak mahal sikit. Tapi mujurlah, ianya hanya sekadar pencarian biasa sahaja, bukan ada tujuan dan lokasi tertentu lagi. Maka daku tidaklah terasa tertekan sangat. Kemudian daku beralih pula mata ke fb, tiba-tiba daku ternampak satu post di halaman fb rakanku tentang MASFLYZ.
Seperti biasa, daku memulakan pencarian dengan pakcik "google". Sekilas pandang ingatkan agensi pelancongan ini di bawah kendalian MAS-Firefly tapi bila ditanya pada customer service, rupa-rupanya bukan.
What is MASFLYZ - menurut penerangan petugas customer service, Masflyz merupakan sebuah agensi pelancongan bebas dan tiada kena mengena dengan MAS mahupun Firefly. Mereka menawarkan pakej pelancongan domestik dan antarabangsa meliputi penginapan, penerbangan dan tour.
Dikatakan harga pakej (penginapan dan tour) dijamin 20-50% lebih rendah berbanding harga pasaran atau online. Ini kerana pihak MASFLYZ telah membeli secara pukal pakej2 pelancongan sewaktu MATTA Fair.
Manakala kos penerbangan pula bergantung kepada season dan airlines tapi pihak Masflyz akan membantu untuk mendapatkan tiket penerbangan yang paling murah.
Annual fees - tiada caj tahunan akan dikenakan untuk ahli tapi caj seumur hidup akan dikenakan sewaktu pendaftaran. Kos untuk keahlian VIP adalah RM1500++ tetapi disebabkan promosi, hanya yuran keahlian RM900++ dikenakan untuk seumur hidup. Promosi dengan yuran keahlian RM900++ ini hanya terhad untuk 200 peserta pertama sahaja.
Apa yang anda dapat setelah mendaftar sebagai ahli VIP Masflyz Privilege?
1-Kad keahlian.... dengan kad ini anda layak untuk mendapat diskaun di antara 20-50%
2-Voucher bernilai RM400 - meliputi penginapan, penerbangan dan tour
3-Kad keahlian- dengan kad ini anda layak untuk mendapat diskaun di antara 20-50%. Voucher bernilai RM400 - meliputi penginapan, penerbangan dan tour. Disamping itu,ahli VIP juga diberi penginapan percuma untuk 4D3N pada tahun pertama keahlian. 3D2N untuk tahun kedua dan 2D1N untuk tahun ketiga. Ianya terhad kepada hotel berstatus 3 bintang dalam & luar negara.
Kalian bolehlah layari www.masflyz.my untuk maklumat lanjut
Sila ambil perhatian:
Info di atas bersandarkan maklumat yang di perolehi dari pencarian di "google". Daku mohon maaflah jika maklumat yang diberikan tidak betul ya. Tetapi jika kalian ada info yang boleh dikongsi bersama, jomlah kongsi di sini ye.
No comments:
Post a Comment