Friday 27 September 2013

Hari ini mood penuh nostalgia

Bismillahirrahmanirrahim...
Syukur ke hadrat Ilahi, kerana, daku diberi kesempatan oleh si Dia untuk mencoret di ruangan ini. Terima kasih Ya Allah.

Hari ini, seperti biasa daku menjalankan tugasan harianku sebagai seorang surirumah dengan mengemas rumah. Tiba-tiba daku terlihat longokan album lama yang tersimpan lama di dalam kotak yang agak lama tidak ku buka. Maka dakupun belek satu persatu gambar yang terdapat di dalam album tu, sehinggalah daku terpaku dengan dengan dua keping gambar ini. Padahal banyak lagi gambar yang ada.

Gambar ini daku ambil semasa daku belajar subjek photografi semasa semester pertama di UiTM, Shah Alam. Daku teringat lagi saat aku memberitahu ayahku yang daku memerlukan sebuah kamera untuk melengkapkan pengajian di UiTM, Shah Alam. Ayah ku telah menghadiahkan daku sebuah kamera manual jenama Yashica FX-3. Daku begitu bangga sekali. Daku akan kan merakamkan apa sahaja gambar, yang ku rasakan ingin ku abadikan dan daku pasti mengongsikan semua gambar-gambar photo yang daku rakam kepada ayahku. Daku nampak riak bangganya.
Inilah kamera pemberian ayahku
Kamera Yachica masih dalam berkeadaan baik, cuma skill puannye ajer yang perlu diasah balik. Walaupun sekarang ni pelbagai jenis kamera lanser yang jenis automatik dan tablet terdapat di pasaran, tetapi daku tetap mejadikan kamera ku ini sebagai koleksi dan pujaan hati ku. Almaklumlah penuh dgn nilai-nilai sentimental .
Inilah gerai arwah ibuku yang digunakan untuk menyara kami enam beradik. Ayahku bekerja sebagai pemandu di RTM, jika ayahku ada kelapangan, dia akan membantu arwah ibu berniaga. Manakala, seperti biasa tugasku ialah merakam detik-detik ini.

Hari ini daku terasa penuh nostalgia, entah kenapa daku pun tidak tahu. Mujurlah ada jasa kamera yashicaku ini. Jika tidak tentu daku tidak teringat saat perit jerih arwah Ibu dan Ayah membesarkan kami. Terima kasih arwah Ibu dan Ayah. Al-fatihah utk arwah Ibu.

Kini semuanya tinggal kenangan.

Sekian, wassalam.

Thursday 26 September 2013

Siapa itu Wafi Binti Nong Chek?

Salam Pengenalan dan Salam Ukhwah

Bismillahirrahmanirrahim...
Namaku Noorwafi Binti Nong Chek. Anak kedua dari enam orang adik beradik.Daku di lahirkan di Melaka dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Sewaktu kecil daku diperlihara oleh Nenek dan Datuk, di Melaka. Daku pernah bertanya kepada Nenek dan Datuk, kenapa daku dijaga oleh mereka, adakah kerana kedua ibu bapa sudah tidak menyanyangi ku lagi. Tetapi alasan yang diberi oleh Nenek dan Datuk ialah, faktor ekonomi kedua ibubapaku belum begitu stabil dan dalam masa yang sama kehadiran daku ke dalam kehidupan mereka, bolehlah mengisi kesunyian mereka.

Daku mempunyai tiga orang cahayamata, yang sulung adalah perempuan, manaka yang nombor dua dan ketiga adalah lelaki. Anakku yang sulung bernama Siti Nor Rabiatul Adawiah, berusia 10tahun. Anakku nombor dua bernama Muhammad Zafiq Izaniey, berusia 6tahun dan anakku yang ketiga bernama Muhammad Zafie Izaniey, berusia 4tahun.
  
Daku pernah bertugas sebagai Eksekutif Pengeluaran di sebuah Syarikat Akhbar yang terkemuka di Malaysia, selama 13tahun. Tapi kini telah genap setahun daku bergelar surirumah sepenuhmasa.

Daku mempunyai hobi dan minat yang pelik dari orang lain. Daku mempunyai minat membuat blog dan fanpage untuk rakan-rakan. daku tidak pernah mengenakan sebarang bayaran kepada mereka, kerana daku melakukannya secara suka-suka sahaja. Tetapi semenjak ternampak status Puan Masayu yang menyatakan bahawa beliau sedang mencari guru online untuk akademi bekerja di rumah. Maka, daku pun terfikir apa salahnya daku mencuba. Memandangkan daku mempunyai kemahiran membuat blog dan fanpage, daku rasa perlu memanfaatkan ilmu yang ada.  Daku pun memberanikan diri bertanya tentang kekosongan jawatan sebagai guru online. Beliau menyuruh daku menjawab beberapa soalan analisa. Sebelum daku bermula sebagai sebagai guru online, ada beberapa syarat yang perlu daku patuhi, antaranya ialah menyiapkan 44 entri.

Wah buntu setika otakku, apabila daku membaca persyaratan itu. Daku hanya berkata di dalam hati, berpantang 44 hari boleh lah juga daku gagahkan, ini nak menyiapkan 44 entri. Nak menyiapkan entri pengenalan "Siapa itu Wafi Binti Nong Chek" dah tertonggek kaki keatas dan kepala kebawah :)

Tetapi demi cita-citaku ingin menjadikan para surirumah diluar sana bergelar WAHM yang hebat, maka daku akan cuba melakukan yang terbaik. Daku akan berusaha hingga ke entri yang ke 43 (hehe, sebab inikan entriku yang pertama, maka berbaki lagi 43 entrilah).

Dengan adanya internet, semuanya hanya di hujung jari. Dahulu daku seorang Eksekutif di pejabat, sentiasa diarah itu ini oleh bos, tapi kini daku boleh jadi apa sahaja yang daku inginkan. Daku boleh jadi CEO di SoHo ku sendiri, daku boleh jadi Ibu, daku boleh jadi Isteri dan sebagainya. Begitu indah hidup ini setelah setelah daku bergelar surirumah sepenuh masa.

Kini kehidupan daku berubah secara total. Dahulu daku menyiapkan kelengkapan dan bekalan anak-anak pada awal pagi, kerap kali daku terkejar dan tidak cukup masa, tapi kini tidak lagi. Pernah dahulu daku pernah mempunyai masalah untuk mengambil cuti, kerana pengasuhku suka bercuti lama. Daku pernah membawa anak-anak ke pejabat kerana bosku tidak membenarkan daku bercuti, tapi kini tidak lagi. Kini daku boleh bekerja secara online dan menjaga anak dalam satu masa.

Daku rasa bersyukur sangat kepada Dia, kerana memberi peluang kepadaku untuk mendidik dan menjaga anak-anakku dengan tanganku sendiri. Yang paling menyeronokkan bagi diriku ialah, secara tidak langsung daku boleh belajar memasak (walaupun masakan daku tidaklah sepakar dan sehebat chef diluar sana, tapi setakat memasak untuk anak dan suami, itu dah kira cukup bagiku. Ini adalah kerana daku memang tidak pandai memasak langsung).  Itulah untungnya adanya internet ni, daku hanya perlu bertanya kepada pakcik "google" dan pakcik "youtube", mereka banyak membantuku pada permulaan kehidupanku sebagai surirumah.

gambar ihsan dari google
Begitulah serba sedikit cacatan pengenalanku.

Semoga daku masih diberi peluang untuk mencari ilmu seterusnya mencapai apa yang daku hajati.

Salam sayang dari saya,
Wafi Nong Chek
Wassalam.